Ada satu detik yang mungkin pernah dilalui oleh hampir setiap ibu.
Saat berdiri di hadapan rak susu, melihat begitu banyak pilihan hingga timbul persoalan dalam fikiran:
“Yang mana satu benar-benar terbaik untuk anak?”
Di depan mata, semuanya kelihatan meyakinkan: “lebih sedap”, “diperkaya”, “membantu tumbesaran” dan pelbagai lagi.
Namun, di sebalik semua itu, ada satu perkara kecil yang sering terlepas daripada perhatian kita iaitu kandungan gula tambahan dalam susu dan makanan harian anak.
Walaupun nampak seperti perkara kecil, inilah antara perkara penting yang wajar diberi perhatian oleh ibu bapa apabila memilih susu untuk anak.
Apa bezanya gula tambahan dengan gula semula jadi?

Bukan semua jenis gula adalah sama.
Dalam susu, karbohidrat utama ialah laktosa, gula semula jadi yang diperlukan untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan anak. Laktosa memainkan peranan penting dalam membantu:
• memberi tenaga untuk aktiviti harian
• menyokong perkembangan otak
• membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik
Jadi, gula dalam bentuk semula jadi seperti ini bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Namun, perkara yang wajar diberi perhatian ialah kehadiran gula tambahan dalam susu dan makanan harian anak, seperti sukrosa atau sirap jagung, yang ditambah untuk memberikan rasa lebih manis.
Perbezaannya mungkin kelihatan kecil, tetapi kesannya boleh memberi pengaruh dalam jangka panjang. Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa bukan semua jenis gula memberikan manfaat yang sama kepada anak.
Apabila rasa manis mula membentuk pilihan anak

Apabila mereka terbiasa dengan rasa yang lebih manis dari kecil, sedikit demi sedikit mereka mungkin akan:
• lebih cenderung memilih makanan manis
• kurang gemar kepada rasa makanan yang lebih asli
• mula membentuk tabiat pemakanan yang sukar diubah apabila semakin membesar
Perubahan ini biasanya tidak berlaku secara mendadak. Ia berlaku perlahan-lahan, dari semasa ke semasa.
Dan selalunya, kesannya hanya mula disedari apabila anak semakin membesar.
Apa beza laktosa dengan gula tambahan?

Bukan semua gula adalah sama, tetapi cara tubuh anak memprosesnya adalah berbeza.
Laktosa dalam susu:
• semula jadi daripada susu
• rasanya tidak terlalu manis
• diserap dengan lebih perlahan oleh badan (Glisemik Indeks yang rendah)
• menyokong perkembangan otak serta kesihatan usus
Laktosa juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus, yang penting untuk sistem penghadaman dan imuniti anak.
Gula tambahan:
• ditambah semasa proses pembuatan
• rasanya lebih manis
• boleh menyebabkan lonjakan paras gula dalam darah
• tidak memberi manfaat nutrisi yang sama seperti laktosa
Rasa manis daripada gula tambahan juga boleh mempengaruhi kecenderungan selera anak dari awal, menjadikan mereka lebih terbiasa dengan makanan atau minuman yang manis apabila semakin membesar.
Kesan jangka panjang yang ramai ibu tidak nampak dari awal

Sebagai ibu bapa, kebanyakan daripada kita biasanya lebih fokus kepada keperluan harian anak seperti makan yang cukup, tidur yang mencukupi, serta memastikan mereka sihat dan aktif.
Namun, dalam masa yang sama, tubuh anak juga sedang berkembang dan “belajar” setiap hari. Apa yang mereka makan dan minum sejak kecil sedikit demi sedikit boleh mempengaruhi tabiat pemakanan dan kesihatan mereka pada masa hadapan.
Di Malaysia, beberapa statistik ini memberi gambaran tentang kepentingan tabiat pemakanan sejak awal usia:
• 64% lelaki dan 65% wanita dewasa mengalami berat badan berlebihan atau obes (WHO 2019)
• 12.7% kanak-kanak berumur 5–19 tahun adalah obes (UNICEF 2018)
• 1 dalam 5 orang dewasa menghidap diabetes (NHMS 2019)
Keadaan ini selalunya tidak berlaku secara tiba-tiba apabila dewasa, tetapi boleh bermula daripada tabiat dan corak pemakanan sejak kecil.
Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa pendedahan awal kepada gula tambahan boleh mempengaruhi kecenderungan anak terhadap makanan manis, yang seterusnya boleh meningkatkan risiko obesiti dan masalah kesihatan tertentu apabila mereka membesar.
Akhirnya, semuanya kembali kepada pilihan kecil yang dibuat setiap hari kerana sedikit demi sedikit, pilihan inilah yang membantu membentuk tabiat dan masa depan mereka.
1,000 hari pertama: Waktu paling penting dalam hidup anak

Tempoh 1,000 hari pertama kehidupan, bermula dari dalam kandungan sehingga anak berusia 2 tahun, sering dianggap sebagai antara fasa paling penting dalam perkembangan awal anak.
Dalam tempoh ini, perkembangan berlaku dengan sangat pesat. Otak berkembang dengan cepat, sistem imun mula terbentuk, dan asas kepada kesihatan jangka panjang mula dibina sedikit demi sedikit.
Apa yang diterima dalam tempoh ini, termasuk pemakanan dan nutrisi harian, bukan sahaja memberi kesan pada waktu sekarang tetapi juga boleh mempengaruhi perkembangan dan fungsi tubuh apabila mereka semakin membesar.
Sebab itu, ramai pakar menekankan bahawa fasa ini bukan sekadar tentang memastikan anak kenyang atau cukup makan. Ia juga tentang memastikan pilihan pemakanan yang diberikan benar-benar sesuai untuk menyokong keperluan perkembangan mereka.
Dengan perhatian kepada pilihan harian yang lebih baik, asas yang lebih kukuh dapat dibina sedikit demi sedikit untuk tumbesaran mereka pada masa hadapan.
Cara mudah untuk ibu membaca label susu dan makanan harian anak

Tak perlu jadi pakar untuk membuat pilihan yang lebih baik, cukup dengan memahami beberapa perkara asas.
1. Semak senarai bahan
Perhatikan jika terdapat perkataan seperti:
• sukrosa
• sirap jagung
• glukosa
• maltodekstrin
Ini adalah petunjuk bahawa terdapat gula tambahan dalam makanan anak anda.
2. Kenal pasti sumber karbohidrat utama
Jika sumber utamanya adalah laktosa, itu biasanya pilihan yang lebih semula jadi dan sesuai untuk anak.
Jadi, susu formula mana yang patut dipilih?

Hari ini, semakin ramai ibu bapa mula lebih peka dalam membuat pilihan untuk anak. Mereka mula mencari:
• susu formula tanpa gula tambahan
• susu formula organik dan tulen
• pilihan yang semula jadi
Pilihan ini bukan sekadar mengikut trend, tetapi lebih kepada usaha untuk memberikan yang terbaik buat anak dengan lebih yakin dan tenang.
Rasa tenang itu datang apabila kita tahu apa yang diberikan kepada anak:
• tidak berlebihan
• tidak membentuk kebergantungan kepada rasa manis
• hanya guna ramuan yang selamat
• menyokong perkembangan mereka secara semula jadi
Sebagai contoh, ibu bapa boleh mempertimbangkan susu formula seperti HiPP JUNIOR, yang diperakui organik mengikut piawaian ketat Suruhanjaya Eropah. Ia menggunakan 100% laktosa daripada susu organik tulen tanpa gula tambahan, dan dihasilkan tanpa GMO, racun perosak sintetik, hormon pertumbuhan dan antibiotik pencegahan.
Apabila kita memahami perkara-perkara seperti ini, pilihan yang dibuat bukan lagi sekadar berdasarkan janji iklan, tetapi lebih kepada apa yang benar-benar sesuai dan memberi manfaat untuk anak.
Setiap fasa anak berbeza, namun prinsipnya tetap sama
Sama ada ibu yang baru merancang untuk memulakan keluarga, yang sedang melalui fasa awal bersama si manja yang baru lahir, atau yang membesarkan anak yang semakin aktif dan membesar, keperluan mereka sememangnya akan berubah mengikut setiap peringkat perkembangan.
Ada waktunya kita lebih memberi perhatian kepada keserasian dan penerimaan mereka terhadap susu atau makanan harian. Ada juga fasa apabila kita mula memikirkan sokongan nutrisi untuk tumbesaran, imuniti, dan tenaga harian mereka yang semakin aktif.
Namun, di sebalik semua perubahan ini, satu perkara tetap sama iaitu keinginan kita untuk memberikan yang terbaik buat anak. Sesuatu yang menyokong tumbesaran mereka secara semula jadi, tidak berlebihan, dan pada masa yang sama memberi kita rasa lebih yakin dan tenang dalam setiap pilihan yang dibuat.
Setiap ibu hanya mahu yang terbaik untuk anak

Dalam perjalanan membesarkan anak, setiap ibu sentiasa belajar dan membuat pilihan berdasarkan apa yang dirasakan terbaik untuk si kecil.
Kadang-kadang, kita membuat keputusan berdasarkan nasihat, pengalaman, atau apa yang kita percaya dapat membantu tumbesaran mereka dengan baik. Dan itu sudah cukup bermakna.
Mungkin satu perkara yang boleh kita lakukan ialah memberi sedikit lebih perhatian kepada perkara kecil yang sering terlepas pandang termasuk apa yang terkandung dalam pemakanan harian anak.
Kerana dari pilihan kecil inilah, sedikit demi sedikit, asas kepada tabiat dan kesihatan mereka mula terbentuk.
Akhirnya, ia bukan tentang menjadi ibu yang sempurna. Ia tentang membuat pilihan yang lebih baik dengan penuh kasih sayang, mengikut apa yang kita tahu dan fahami untuk anak tersayang.
Soalan lazim (FAQ)
1. Apakah gula tambahan dalam susu dan makanan harian anak?
Gula tambahan ialah gula seperti sukrosa atau sirap jagung yang ditambah semasa pemprosesan, bukan gula semula jadi seperti laktosa.
2. Kenapa gula tambahan tidak digalakkan untuk si manja?
Ia boleh membentuk kebergantungan kepada rasa manis dan meningkatkan risiko obesiti serta penyakit kronik pada masa hadapan.
3. Bagaimana cara mengenal pasti gula tambahan pada label susu?
Perhatikan bahan seperti sukrosa, glukosa, sirap jagung atau maltodekstrin dalam senarai ramuan.
4. Adakah laktosa lebih baik daripada gula tambahan?
Ya, laktosa ialah gula semula jadi yang menyokong perkembangan otak dan sistem penghadaman si manja.
